Tuesday, September 24, 2013

KOREAN LIFE PART 55: THANKSGIVING DAY,THANK YOU THANK YOU!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA!
WAH, SEPANJANG BULAN NI RAMAI YANG HANTAR EMAIL BERTANYA TENTANG KOREA.
NAMPAKNYA RAMAI YANG DAH BUAT PLAN MAHU DATANG KE SINI YE, BAGUS2X!
APA PUN, TERIMA KASIH SEBAB MELAWAT BLOG NI

MINGGU LEPAS (18~20 SEPTEMBER) MERUPAKAN SAMBUTAN CHUSEOK ATAU THANKSGIVING DI KOREA. BILA DAH ADA CUTI PANJANG NI, BERJALAN-JALAN TU PERKARA WAJIB.
MAKA AKU PON KE SEOUL MELAWAT AKAK2X,ADIK2X DAN KAWAN2X TERSAYANG SAMBIL BERJALAN MENGISI MASA BERSAMA MEREKA.

SELALUNYA, WAKTU THANKSGIVING, KEDAI SEMUA TUTUP, JADI TERAMAT SUSAHLAH NAK CARI MAKANAN. PERINGATAN BUAT SESIAPA YANG NAK DATANG KOREA, KALAU TARIKH LAWATAN ANDA JATUH PADA WAKTU THANKSGIVING (3HARI CUTI), BANYAK TEMPAT DAN KEDAI TUTUP, JADI PLAN PERJALANAN ANDA BETUL2X.

BERIKUT MERUPAKAN TEMPAT YANG AKU PERGI 

1) BANPO BRIDGE RAINBOW FOUNTAIN (반포대교)

2 CARA UNTUK PERGI: 
1) CARA MUDAH NAIK SUBWAY LINE 6, TURUN NOKSAPYEONG (녹서평) STATION, EXIT 3@4, KEMUDIAN NAIK BAS 740 BERHAMPIRAN EXIT DAN TURUN DI BANPO BRIDGE BUS STOP 

2) KALAU NAK JALAN JAUH SIKIT, NAIK SUBWAY LINE 9@3, TURUN BUS TERMINAL STATION (고속터미널) KELUAR EXIT 8-1, JALAN TERUS SEHINGGA JUMPA SIMPANG 4, BELOK KANAN JALAN TERUS SEHINGGA JUMPA TEMPAT MELINTAS JALAN, LINTAS JALAN DAN MASUK TEROWONG BERJALAN KAKI KE BAWAH JAMBATAN HIGHWAY, JALAN TERUS SEHINGGA JUMPA SUNGAI DAN JAMBATAN. 

BANPO BRIDGE RAINBOW FOUNTAIN NI HANYA ADA WAKTU SUMMER SAHAJA 


AKU DAN KAK FATH SAMPAI DALAM PUKUL 8.30 MALAM, MAKA DARI 8.30 MALAM HINGGA 9.30 MALAM, PERTUNJUKKAN RAINBOW FOUNTAIN BERLANGSUNG.
MEMANG CANTIK SAMBIL DIIRINGI LAGU2X YANG BEST.








2) SEOUL GRAND PARK (서울대공원)

CARA PERGI:
NAIK SUBWAY LINE 4, TURUN SEOUL GRAND PARK STATION (대공원,서울랜드) KELUAR EXIT 2 (BELAH KIRI). KALAU JALAN KEHADAPAN LAGI SELEPAS EXIT 2 BOLEH KELUAR STATION MENAIKI ESKELATOR. 
KELUAR EXIT DAN JALAN TERUS SAHAJA, SEOUL GRAND PARK BETUL2X DIHADAPAN ANDA. 


KAMI TAK LEPAK LAMA DISINI SEBAB PERGI PUN DAH LEWAT PETANG, TAPI YANG PALING MAHSYUK ADALAH KETIKA MENAIKI SKY LIFTER (HARUS NAIK, BEST SANGAT!!)












LAST BUT NOT LEAST, AKTIVITI TERAKHIR ADALAH
MENGHADIRI PROGRAM 
HARGAI DIRIMU, WARKAH DARI WARDINA






BERSERONOK PUN BERSERONOK JUGAK, ILMU JANGAN DILUPAKAN!
THATS ALL
-CHOW-

Saturday, July 20, 2013

KOREAN LIFE PART 54: INHA INTERNATIONAL CULTURAL FESTIVAL 2013

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
MARI-MARI UPDATE BLOG LAGI!
SEPERI SEMUA TAHU DAN MAYBE ADA YANG TAK TAHU, KAT INHA UNIVERSITY YANG PERMAI NI, SETIAP TAHUN MESTI AKAN DIADAKAN INTERNATIONAL CULTURAL FESTIVAL.
MAKA PADA MAY YANG LEPAS, MACAM BIASA, KAMI BUDAK2X MALAYSIA YANG AKTIF2X BELAKA NI PUN SAMA2X MEMERIAHKAN FESTIVAL NI.


SEBAGAI WAKIL NEGARA MALAYSIA, APA YANG KAMI BUAT?

1) BUKA MALAYSIAN BOOTH
BAHAN2X PAMERAN ADALAH EHSAN TOURISM MALAYSIA DI KOREA

 (sibuk menyiapkan booth)


(board hasil karya AJK Booth)

 (antara kraf tangan Malaysia yang dipamerkan)

(video tentang Malaysia pun ada, nak pakai baju tradisional pun boleh)

(the boss)

 (comel2x kan mereka pakai baju tradisional Malaysia)




 (demonstrasi main congkak pun ada, nak main sama2x pun boleh)

(sibuk menerangkan tentang Malaysia sambil bagi pamplets)

 (nak menyibuk juga)

 (pakai baju kurung dan baju melayu sambil mempromosikan Malaysia adalah benda wajib)

 (antara yang datang booth kami, dapat sambutan menggalakkan)

(AJK Makanan sibuk menyiapkan sample makanan Malaysia untuk dirasai oleh pengunjung)


2) CULTURAL PERFORMANCE (SILAT)
AKU TERLIBAT DENGAN PERSEMBAHAN.
TAHUN SEBELUM NI KAMI BUAT TARIAN, TAPI KALI NI NAK KELAINAN MAKA KAMI BUAT MARTIAL ARTS.
KAMI NI AMATUR, JADI TAKAT NI AJELAH YANG TERMAMPU

(video persembahan kami)

 ( gambar tak berapa nak semengah sebab masing2x bekejar nak ke kelas lepas habis persembahan)


(boss Silat kami)

(bermanja-manja sambil bersilat)

 (contoh outfit Silat kami, baju melayu hitam dan samping)


3) FASHION SHOW
SETIAP NEGARA BUAT PERTUNJUKKAN FASHION SHOW BAJU TRADISIONAL NEGARA MASING2X.






HASIL KERJASAMA DAN KESANGGUPAN SEMUA MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA, AKHIRNYA KAMI BERJAYA MENYERTAI FESTIVAL NI DENGAN JAYANYA. 

RASA SEDIH, TERHARU DAN GEMBIRA PUN ADA MEMANDANGKAN INI ADALAH PENGLIBATAN TERAKHIR AKU DALAM CULTURAL FESTIVAL DI KOREA

SEMOGA SEMANGAT DAN KERJASAMA MACAM NI DITERUSKAN.

-CHOW-

Thursday, July 18, 2013

KOREAN LIFE PART 53 : FROM BUSAN WITH LOVE (AND THE SINGER)

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!
AKHIRNYA ADA JUGA BAHAN NAK UPDATE BLOG. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT MEREKA YANG MELAWAT BLOG AKU WALAUPUN BERSAWANG.  

KALI NI AKU NAK BERKONGSI CERITA AKU KE BUSAN BUAT KALI KEDUA PADA BULAN MAY YANG LALU.  

TRAVEL KE BUSAN KALI NI LEBIH MAHSYUK SEBAB AKU BERJALAN DENGAN KAWAN BAIK AKU, PENYANYI (bakal) TERKENAL, AMALIA ALIAS YANG BELAJAR DI JEPUN. 

AKU KE BUSAN NAIK TRAIN JENIS MUGUNGHWA. TRAIN NI ALA2X KTM, DAN JENIS TRAIN JARAK JAUH YANG PALING MURAH. SIAPA YANG TERINGIN NAK NAIK TRAIN KE BUSAN ATAU TEMPAT LAIN DALAM KOREA BOLEH BOOKING SECARA ONLINE DI WEBSITE BERIKUT



KAMI MENGINAP SELAMA 3 HARI 2 MALAM DI 
(boleh klik link di atas untuk lebih info tentang guesthouse ni)

BACKPACKERS NI TERSANGATLAH CUTE DAN SELESA. TAK MENYESAL LANGSUNG TIDUR KAT SINI SAMPAI RASA NAK NANGIS BILA KENA BALIK. 


(tuan punya Guesthouse yang peramah tolong ambilkan gambar)



(kiri: no bilik kami, kanan: posing atas rooftop ala2x korean drama)


(breakfast disediakan atas rooftop, self service)

HARI PERTAMA:

SEBENARNYA KAMI PLAN NAK NAIK TOUR BUS DEPAN BUSAN STATION (train station) TAPI BUKAN MAINLAH PANJANG LAGI KENA BERATUR SAMPAI KAMI GIVE UP.
 SIAPA YANG TERINGIN NAK NAIK BUS TOUR, KENA DATANG AWAL PAGI DAN BOLEH CHECK LINK DI BAWAH




JADI KAMI TUKAR PLAN ON THE SPOT, NAIK SUBWAY KE TEMPAT2X WAJIB PERGI BASED ON PETA TOUR BUS YANG AKU ADA PRINT & TEMPAT2X YANG AMALIA BERHAJAT NAK PERGI SAMBIL DIBANTU OLEH SMARTPHONE TERSAYANG 
(the power of internet!)

TEMPAT YANG KAMI PERGI 

1) JAGALCHI MARKET & BIFF SQUARE
(dua tempat ni sebelah menyebelah, seberang jalan sahaja)

JAGALCHI MARKET NI PASAR SEAFOODS YANG SEGAR BUGAR DARI LAUT




KAMI MAKAN TENGAH HARI KAT SINI

 (해물탕, haemulttang)


(muka happy dan makan like a boss walaupun harga 34000won untuk dua orang)

BIFF (busan international film festival) SQUARE

 (Amalia dan cekak rambutnya)

 (menurut Amalia, tempat ni ada keluar RunningMan)

(단팥죽, danpanchuk, bubur kacang merah ni pun katanya keluar RunningMan)

 (kiri: 팥빙수, patbingsu, ice kacang merah, kanan: muka happy Amalia dapat rasa makanan RunningMan)

 (호떡,hoddoeok, cekodok besar inti gula merah dan kacang bak kata Amalia)


2) GAMCHEON CULTURE VILLAGE
(menurut Amalia lagi, tempat pengambaran ep.F4 RunningMan)

NAK DATANG VILLAGE NI TERSANGATLAH MENCABAR. 
TAPI SUSAH PAYAH KAMI BERBALOI SEBAB VILLAGE NI SANGATLAH CANTIK, KREATIF, CUTE DAN SEGALA MACAM PUJIAN YANG TERLINTAS DALAM OTAK



(dari haneoul-maru observatory boleh nampak seluruh gamcheon culture village)



 (antara mural kreatif yang ada disini)



3) NIGHT VIEWS TOUR  (THEME BUS TOUR)
(naik bas keliling Busan waktu malam)

 UNTUK BUS TOUR NI, AKU DAH BOOKED AWAL2X (internet pun boleh)
DARI BUSAN STATION, KAMI LALU GWANGALLI BEACH DAN BERHENTI DI HAEUNDAE BEACH DALAM 10 MINIT

(haeundae beach di waktu malam)

(tak masuk, trolling depan aquarium saja)

KAMI LALU DALMAJI ROAD DAN MERENTAS GWANGAN BRIDGE 
(macam naik jambatan Pulau Pinang!)
LEPAS TU KAMI NAIK GEUMRYEONSAN MOUNTAIN DAN BERHENTI KAT SITU DALAM 10 MINIT. 

(pemandangan Gwangalli Bridge dari Geoumryeonsan)


(muka excited Amalia nampak planet Saturn, tapi memang boleh nampak, aku pun kagum)  
DALAM BAS PUN KAMI MASIH TERPUKAU SEBAB NAMPAK SATURN SAMBIL CUBA MENGINGAT KEMBALI NAMA2X PLANET TAPI GAGAL.


HARI KEDUA

1) HAEUNDAE BEACH


 


 (melompat sampai jahanam pasir pantai)


2) DONGBAEK PARK

 DONGBAEK PARK NI TAK JAUH DARI HAEUNDAE BEACH. 
TERLETAK DI HUJUNG BAHAGIAN KANAN HAEUNDAE BEACH. 
BOLEH JALAN KAKI DARI HAEUNDAE. 
KAT SINI, KAMI JALAN MENGELILINGI TANJUNG DITEPI PINGGIR LAUT (gitu kan...)


 (pemandangan Haeundae dari Dongbaek Park)

(mermaid ni ada cerita dia tapi tak ingat)

(kami lalu sepanjang jalan ni, rasa macam kat Jeju Island)




(nurimaru apec house yang menurut Amalia, tempat pengambaran RunningMan)

(boleh nampak Gwangan Bridge kat belakang nurimaru apec house)

LUNCH BERHAMPIRAN HAEUNDAE 

(라볶이 rappuki, 해물우동볶음 haemul udon bokkeum, 참치찌개 chamchi jigae)

AND DESSERT
(Caffe Bene Green Tea Patbingsu)


3) GWANGALLI BEACH & GWANGAN BRIDGE

GWANGALLI BEACH

DARI GWANGALLI BEACH BOLEH NAMPAK GWANGAN BRIDGE 


(kat semua pantai pun haruslah kita melompat)

AKTIVITI TERAKHIR:

SAMBUT BIRTHDAY AMALIA IN SUPER ADVANCE PARTY DALAM BILIK KARAOKE


(bilik karaoke/norebang bertaraf korporat)

DINNER KAMI HARI-HARI SEBELUM BALIK GUESTHOUSE BEREHAT;
SET SHRIMP BURGER LOTTERIA 



HARI TERAKHIR:

 PERISTIWA MALANG BERLAKU BILA

1) BUSAN GEUMHAE AIRPORT TUTUP WAKTU MALAM. FLIGHT AMALIA AWAL PAGI. KAMI DAH KELUAR GUESTHOUSE LEWAT MALAM. BERNIAT NAK TIDUR AIRPORT.

2) TERPAKSA TIDUR MOTEL SUPER SEXY BERHAMPIRAN GUPO STATION


3) DIBANTU OLEH PAKCIK TAXI YANG TERSANGAT BAIK. DIA TOLONG TUKARKAN TIKET TRAIN AKU, TOLONG CARIKAN MOTEL, TOLONG CARIKAN BANK DAN CAS TAK MAHAL.

4) ESOK PAGINYA BARU BERTOLAK KE AIRPORT NAIK BAS. PAKCIK BQIK HATI YANG TAK DIKENALI TOLONG TUNJUKKAN NOMBOR BAS DAN TEMPAT TUNGGU BAS. 

5) BAJET SEDIKIT LARI TAPI DAPAT TAHU YANG ORANG BUSAN BAIK HATI

(time to say goodbye)

BUSAN TRIP KALI NI TERAMATLAH SERONOK. TAMBAH LAGI NI KALI TERAKHIR AKU BOLEH BAWA AMALIA JALAN2X KOREA DAN TRIP SUMMER TERAKHIR AKU KE BUSAN.
SEMOGA DIBERIKAN PELUANG LAGI UNTUK MENJELAJAH BANYAK TEMPAT. 
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN. 

-CHOW-